KUCHING: Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) hari ini menyerahkan sepucuk surat aduan berhubung kes penipuan Skim Pelaburan Pembinaan Hartanah yang berlaku di negeri ini, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.
Setiausaha Agung MHO Datuk Hishamuddin Hashim berkata beliau telah bertemu dan menyerahkan sendiri surat terbabit kepada Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri agar tindakan segera dapat diambil supaya tidak ada lagi mangsa yang terpedaya dengan kes penipuan sedemikian.
"Pihak MHO telah menerima lebih 80 aduan daripada pengadu berkenaan permasalahan yang dihadapi oleh mereka.
"Mangsa-mangsa penipuan syarikat ini bukanlah daripada golongan yang senang. Niat mahu mendapatkan rumah sendiri tetapi tidak kesampaian, wang yang digunakan kononnya untuk mendapatkan rumah telah lesap, begitu juga dengan syarikat terbabit," katanya kepada pemberita di pekarangan IPK Sarawak di sini.
Hishamuddin berkata paling menyedihkan sindiket menyasarkan golongan pedalaman yang miskin dan menghabiskan duit mereka termasuk golongan pesara.
"Syarikat itu memusnahkan harapan mereka (mangsa), menipu warga emas dan lebih menyakitkan hati sekiranya tiada tindakan diambil, sebab itu hari ini kita hadir kerana ingin memohon pihak polis melakukan tindakan undang-undang terhadap penipu-penipu itu.
"MHO bersedia bekerjasama dengan pihak polis untuk menyelesaikan permasalahan kes penipuan terancang ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 18 2023
Setiausaha Agung MHO Datuk Hishamuddin Hashim bercakap kepada media berhubung kes penipuan Skim Pelaburan Pembinaan Hartanah di luar pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, hari ini. - Foto Bernama
Pada usia 81 tahun, kekayaan Paul McCartney bernilai RM6 bilion
Kekayaan McCartney dan isterinya Nancy bernilai 1 bilion pound (RM5.95 bilion) iaitu meningkat daripada 950 juta pound (RM5.7 bilion) pada 2023.
Guru dituntut kelola sesi pengajaran ikut suasana pembelajaran masa kini
Guru dituntut untuk mengelola sesi pengajaran mengikut kesesuaian pelajar dalam suasana pembelajaran kini yang mementingkan kepantasan dan ketepatan.
HMA 2024: Kisah banduan pertama di Malaysia jadi tarikan reruai Muzium Penjara
Sejarah kewujudan penjara moden dan kisah dua banduan pertama di Malaysia antara tarikan di reruai Muzium Penjara Malaysia sempena Festival Hari Muzium Antarabangsa (HMA) 2024.
Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia perkenalkan projek "ASEAN Drive Tourism"
Kerajaan Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia untuk merangsang sektor pelancongan kedua-dua negara dengan memperkenalkan "Projek ASEAN Drive Tourism."
Konstabel Muhamad Syafiq kebanggaan keluarga - Abang
Abdul Salam berkata, adiknya memang bercita-cita untuk menjadi anggota polis dan mereka sekeluarga memberikan sokongan terhadap perkara itu.
Scheffler sifatkan penahanannya "huru-hara" dan "salah faham"
Ini kenyataan pemain golf nombor satu dunia susulan penahanannya pada pagi Jumaat di luar kawasan Kejuaraan PGA di Valhalla.
Langgar kawalan lalu lintas, pemain golf nombor satu dunia ditahan polis
Scheffler ditahan oleh seorang pegawai polis apabila dia tidak mengendahkan arahan untuk berhenti kerana terdapat kemalangan.
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan disokong perbelanjaan pengguna, kitaran teknologi dan pelancongan
Optimisme melonjak selepas Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang memuaskan pada 4.2 peratus pada suku pertama 2024 (S1 2024).
Ulang tahun ke-50 Malaysia-China: Hubungan diplomatik dua negara kekal utuh
Hubungan Malaysia dan China kukuh kerana kedua-dua negara itu sama-sama diiktiraf sebagai negara berdaulat mengikut undang-undang antarabangsa.
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan jadi habitat ikan pemangsa - DOF
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan menjadi habitat ikan pemangsa (invasif) dan juga dikenali sebagai "alien spesies" (spesies asing).
Kes penipuan skim pelaburan pembinaan hartanah, MHO mohon polis jalankan siasatan
Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) serah surat aduan kes penipuan Skim Pelaburan Pembinaan Hartanah yang berlaku di Sarawak.